Posted by Wa-Don
in Sunday, October 18, 2009

Dipanjangkan kesyukuran kehadzrat Ilahi kerana semua peserta KPLR selamat pergi dan selamat kembali .......
Ucapan Terimakasih tidak terhingga kepada:
- YAB Menteri Besar Perlis
- Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis
- Kastam Diraja Malaysia
- Jabatan Imigresen
- Polis Diraja Malaysia
- Jabatan Pelajaran Negeri Perlis
- Pengetua Sekolah Menengah Putra, Kangar
- Ketua Biro Bernama, Perlis
- Consul General of Malaysia, Songkhla
- Thailand’s Immigration Bureau
- Thai Customs Department
- Royal Thai Police (En. Razak dari Balai Polis Kwandon)
- Khlong Ngae Municipality
- Mr. Narong of Hatyai MTB
- En Bakar (penang MTB)
- Perlis MTB Club
- Harun of Taratao MTB
- Kedai Basikal SAM Kaki Bukit, Perlis
Seterusnya setinggi penghargaan kepada semua pengajur Bersama KPLR (Megat, Estima, Tok Ki dan Ramly SP, Zankx dan Long Mie), Untuk Megat, Estima, Tok Ki dan Ramly Sp, kalian memang merupakan penganjur hebat, yang begitu berpengalaman dan sentiasa sedia memperturunkan ilmu penganjuran kayuhan basikal kepada sesiapa saja. Ucapan jutaan terima kasih
Peserta KPLR 09 dari jauh dan dekat kerana mengisi kayuhan dengan aneka gaya. Terkejut juga bila medapat tahu ada peserta yang sanggup terbang balik dari Hong Kong, semata-mata untuk menyertai KPLR. KPLR juga turut tergamam dengan penyertaan beberapa orang bekas pelumba negara\negeri....dan juga beberapa org jurulatih basikal negeri......
Terima kasih juga kepada semua pihak kerana boleh memahami corak kayuhan baru yang KPLR cuba ketengahkan. Untuk memenuhi kepuasan pengayuh laju dan pengayuh perlahan, pengayuh yang laju kayuhlah selaju yang dikehendakinya manakala pengayuh perlahan kayuhlah sesantainya mengikut cita rasa masing-masing dan apa yang penting pengayuh perlahan ini tidak diabaikan kerana terdapat lori dibelakang yang akan memastikan mereka ini tidak akan ditinggalkan. Perlu difahami di sini bahawa dalam kayuhan KPLR, terdapat pelbagai jenis basikal (mtb dan r/b) dan adalah jelas mereka ini sukar berkayuh pada satu tahap kelajuan yang sama.
Semua pihak juga telah maklum bahawa KPLR adalah format acara kayuhan yang tidak sama dengan apa saja format kayuhan yang lain seperti Jamboree/Race dan sebagainya. Ianya berada dlm kelas atau format kayuhan yang tersendiri iaitu:-
1. Route Kayuhan melibatkan 2 Negara (Malaysia dan Thailand)
2. Tidak menghadkan Jenis basikal yang peserta akan gunakan (mtb, R/b, Rigid Bike, Hybrid, dan apa apalagi jenis basikal semuanya dialukan)
3.Melibatkan kayuhan 2 Hari berturutan serta memerlukan pengurusan penginapan peserta di negara jiran.
4.Had kelajuan tidak akan ditentukan sekiranya keadaan route tidak merbahaya seperti hujan/jalan basah/traffic jam dan sebagainya (yang laju pergi dahulu)
5. Peserta dianggap golongan Professional yang sudah mempunyai kemahiran ikhtiar hidup dan dapat menyelesaikan masalah mudah dengan tenang seperti masalah kerosakan basikal, cramp, sesat dan sebagainya di negara orang.
KPLR juga berterima kasih yang amat sangat di atas layanan yang tidak termampu dibalas yang diberikan oleh En. Narong yang merupakan kenalan rapat En. Bakar dari Penang MTB. Segala layanan luar jangka daripada Pihak Negara Thailand diuruskan sebaik mungkin oleh En. Narong dan En. Bakar.
Komen daripada kenalan/peserta/ amat bererti bagi Penganjur Bersama KPLR ......
Danny Khaw
On behalf of MKH & Penang friends, we would like to congratulate & thank the organisers of the Kangar/Hadyai ride for a successful & enjoyable event
ODD
KPLR....best. Tq to all TRM member.
Emas Perlis
siapa kata kat perlis jalan rata kaw. bendang jer..pekena bukit wang kelian..dah bagi 2 botol 100plus x cukup oooo.
SINGAPURA
Kalau ada gambak KPLR kat lori hantu pass kat kami..biasalaa program rancang 50 orang jadi 200 orang memang jadi kalut..he..he..
Razif Baling
Tahniah secara peribadi
Zailani
KPLR organiser> Terima kasih atas kesungguhan untuk menjayakan KPLR. Juga pada semua rakan-rakan yang turut serta.
Sjghouse
Terima Kasih kepada organisers + para peserta yang telah menjayakan acara kayuhan ini. Kami amat bergembira. Drp: Princilia Lee & Syed
PC Mail
apa pun tahniah untuk TRM dan ahli kabinet
PC Mail
kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai, kalau takut sesat jangan p touring
Princilia Lee & Syed
To all the organizers,their family members, and riders -Thanks for a great time there.An event with fond memories.
Razif Baling
Tahniah kepada 'kabinet' penganjur . . . I Love You All ... 
annas
sempoi! zan minta simpan baju aku..nati aku p ambik..walaupun aku hanya mampu kayuh takat w.kelian ja sb gerek bdown, tp aku kata kplr panas!! best
anaksiong
Tahniah to all rider....pergi dan pulang dgn selamat..tahun depan kita cadangkan buat yang jauh lagi...test power lagi
azhar tasekmutiara
terimakasih..kprl..ranjau spanjang jalan, tapi semangat cekal, habiskan jugak...kwn2 yg naik
Odd
KPLR memang ho-liau 

TOKI Manjung
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYUMBANG2 YANG MENGHANGAT KAN KPLR2009 INI...exco2 TRM tengah dok buat karangan panjang la tuu..tahniah2 exco2 TRM dll
RCT
Tahniah Semua peserta KPLR 09. Syabas buat pihak penganjur. 
adiharriman.com
TQ organiser
Ranimerida
tahniah untuk semua KPLR 2009http://ranimerida.blogspot.com/
RD
Tahniah kepada semua peserta KPLR kerana selamat pergi dan balik serta syabas kepada penganjur KPLR.
wadisham
tahniah pd penganjur...tahun depan buat lagi
Razif Baling
Mat Kedah ~ memang rugi 
MAT KEDAH
SEMUA KPLR participant> TAHNIAH KERANA BERJAYA MELENGKAPKAN KAYUHAN ANDA.... Rugi aku tak dpt join...
TOKI Manjung
SEMUA RIDERS KPLR2009>>ALHAMDULILLAH semuanya selamat..kalau ada terkurang..terkasar..anggaplah semua tu habis disitu..think positif..TAHNIAH !!!!!
Sir Nizam @ Chan NXT
To all KPLR riders and organizer - Congratulation upon successful event. Well Done Guys!
Saya secara peribadi hanya mampu mengucapkan TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA.......